my life..

i have been through ups and downs
but i will never quit
because i am a sole survivor..

Monday, December 19, 2011

Akhirnya, buah hati dah proposed!

Aku kenal buah hati pengarang jantung ni, aku namakan dia Habibi, lebih kurang 3 bulan lepas. Kenal pun di tempat dia bekerja dan aku nak membeli sesuatu pada waktu itu.

Lepas kenal, kami bermula sebagai kawan, tapi agaknya dia juga agak serius dalam mengenali dengan lebih mendalam, maka aku terima cinta dia. Lama sebenarnya aku tak buka pintu hati ni, tapi syukur sangat kerana Allah menemukan aku dengan Habibi.

Al-hamdulillah, aku dan Habibi memang serasi. Apa yang lebih aku kagum dengan dia, dia berfikir lebih matang dari usianya. Aku amat menghormati segala kata-katanya dan aku sentiasa ambil sebagai hikmat dalam meneruskan hidup ini.

Habibi sangat sayangkan aku. Pernah aku sakit yang agak teruk, aku mengadu pada dia. Dia memang susah hati.Bukan niat aku nak susahkan dia, cuma dia agak prihatin tentang aku. Kami sentiasa gembira bersama dan sejujurnya, aku bersyukur kerana berjumpa dengan lelaki seperti dia.

Dua minggu lepas, di satu malam sebelum tidur, Habibi menelefon aku dan menyatakan hasratnya menyunting aku. Aku tergamam seketika. Pada mulanya, aku rasakan yang dia hanyalah main-main sahaja tapi aku kenal Habibi. Kalau dia bercakap dengan serius, maksudnya dia memang beria-ia dengan tujuannya itu. Aku bersyukur ke hadrat Illahi. Doaku untuk bersamanya termakhbul.Kami berdua amat gembira sebenarnya.

Setelah berjumpa dengan abang kandungku yang sulung, dan juga ibuku, Habibi mendapat keputusan cemerlang di dalam permohonannya menjadikan aku isterinya. Syukur yang tak terhingga dan kami berdua hanya mampu tersenyum lebar dan berdoa segalanya berjalan dengan lancar.

Insya Allah, tidak lama lagi kami akan bertunang. Semoga Allah melindungi dan memudahkan urusan kami.

Syukur Al-hamdulillah, penantianku selama ini tidak sia-sia.

Aku sayangkan Habibi..

0 comments: